Jumat, 04 Mei 2012

cintaku terluka lagi

Bersama hari-hari semalam yang
penuh luka,
kulalui hidup ini walaupun penuh
derita dan sengsara.
Ya, sehari semalam telah
mengenalkanku akan arti sebuah
derita percintaan.
Percintaan yang pada mulanya
mengajar aku arti kebahagiaan
mencintai dan dicintai,
akhirnya memaksa aku menelan
pahit getirnya perpisahan yang tak
terduga.
Bukan kupinta pertemuan jika
akhirnya perpisahan yang
mendatang.
Bukan kurayu untuk diriku dicintai
jika akhirnya aku ditinggalkan.
Benarkah kata janji itu hanya manis
di mulut tetapi menjadi racun
berbisa jika ia tidak dikatakan.
Ataukah aku yang terlalu berharap
untuk memiliki hatimu sedangkan
engkau hanya ingin memainkan
perasaanku?
Butakah cintaku atau bersalahkah
diriku yang terlalu mengharapkanmu
untuk mengisi bunga-bunga cinta
disegenap
ruang hatiku.
Kutahu cinta bukannya paksaan
dan paksaan dalam bercinta hanya
membuat hati merana
tapi cinta kita bukannya paksaan.
Kita saling cinta mencintai namun
hatiku merana juga.
Benarlah kata-kata orang tua, cinta
yang tidak disirami dengan bunga-
bunga keikhlasan dan kejujuran
akan menemui kegagalan.
Apakah aku saja yang penuh
ikhlas dan jujur mencintai dirimu
sedangkan kau dengan sewenang-
wenangnya membunuh segala
keikhlasan dan kejujuran dalam
bercinta.
Jika sesungguhnya dihatimu benar
ada cinta untukku tetapi mengapa
hatiku dilukai?
Sadarkah kau bahawa luka yang
engkau tinggalkan terlalu dalam dan
amat sukar untuk aku membalutnya
kembali.
Aku tak tahu adakah aku mampu
untuk menyembuhkan luka yang
amat dalam itu.
Jika dihatimu hanya ada dendam
untuk menyakiti hati laki2 seperti
aku,
padamkanlah ia kerana kelak ia
akan membakar dirimu juga.
Siramilah api dendammu dengan
kesejukan cinta seorang laki2
seperti aku.
Mungkin kau pernah mengalami
betapa deritanya sebuah cinta
yang tak kesampaian.
Tetapi mengapa kau melakukannya
pada sebuah hati suci yang amat
mencintaimu?
Sadarlah engkau sebelum engkau
dilukai buat kedua kali karena
kepedihan dari luka lama
dan engkau pun akan
menanggungnya pula seperti yang
aku rasakan.
Cukuplah sekali hati dilukai kerana
luka untuk kedua kali hanya
membuat diri tidak untuk bercinta
lagi.
Cinta diciptakan dan dianugerahkan
kepada setiap hati insan bukan
untuk dimungkiri kemudian
ditinggalkan begitu saja.
Cinta perlu dibelai dan dimanja
dengan kemesraan dan kasih
sayang.
Tetapi jika hati telah tertutup untuk
bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai
hati orang yang mencintaimu.
Kelukaan yang engkau tinggalkan
buatku, sesungguhnya telah
mendewasakanku.
Terima kasih atas kelukaan itu, akan
kurawat ia walaupun amat sukar
untuk aku melakukannya.
Doaku semoga akan terbuka hatimu
untuk mencintai seseorang dengan
keikhlasan dan kejujuran yang
hakiki.
Walaupun kelak laki2 itu bukannya
aku.